Posts

Showing posts from March, 2018

Rawatan Osteoarthritis Lutut: Pemilihan Pembedahan yang Tepat

Image
Sesuatu yang bersifat lama sangat bernilai tetapi tidak kepada lutut anda. Apabila anda semakin tua, anda akan mula mengalami kesakitan yang mungkin desebabkan oleh osteoartritis. Hal ini terjadi apabila tulang rawan antara sendi kaki menjadi haus. Ketiadaan tulang rawan menyebabkan berlakunya geseran berterusan antara permukaan tulang lalu menyebabkan kesakitan dan kekejangan. Tanpa sifat penyerapan tulang rawan, sendi akan cenderung untuk mengalami trauma daripada aktiviti fizikal seharian dan kerja berat. Jika dibiarkan tanpa rawatan, osteoartritisboleh menyebabkan kerosakan pada tulang, kecacatan dan mungkin kelumpuhan.





Keadaan ini bukan terjadi khusus kepada golongan geriatrik. Anak-anak muda dan golongan pertengahan umur juga berkemungkinan mengalami masalah ini. Mereka yang aktif dalam aktiviti sukan jangka masa panjang juga sangat mudah terdedah kepada osteoartritis lutut. Apakah yang menyebabkan osteoartritis lutut? Walaupun punca sebenar belum diketahui, terdapat beberapa fakto…